SELAMAT DATANG KE BLOG 4 ZAMRUD

Khamis, 22 September 2011

Pertandingan Forum 2011 Tingkatan 4 Zamrud

Kumpulan 1 : ~ Joyce Lee            
                       ~ PavethereDevan      }  MASALAH SOSIAL
                       ~ Wai Kwai Xian
                       ~ Naim' Zanudin

Kumpulan 2 : ~ Fairuz
                       ~ Cheow Yi Chi          } PENCEMARAN ALAM SEKITAR
                       ~ Saripa
                       ~ Law Wei Wee

Kumpulan 3 : ~ Syafiqah
                       ~ Teo Jia Ming
                       ~ Amy Lau Mee Yen    } KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA
                       ~ Ho Hui Xian
                       ~ Pavitra

Kumpulan 4 : ~ Faseha
                       ~ Koo Chin Hoo           } WARISAN BANGSA
                       ~ Lee Zhi Jian
                       ~ Dhivyaa

Kumpulan 5 : ~ Bryan Tan
                       ~ Ng Sau Yik                } INTERNET
                        ~ See Yi Xuen            
                       ~ Syahirah Liyana

Kumpulan 6 : ~ Wan Nadzira
                       ~ Koh Woon Kee         } DISIPLIN
                       ~ Fong Yi Chiun
                       ~ Lee Li En

Kumpulan 7 : ~ Chua Wei Cong
                       ~ Nazrin Syah               } MELESTARIKAN
                       ~ Lee Zhi Yun                   ALAM SEKITAR
                       ~ Chong Hui Ni

Kumpulan 8 : ~ Ng Kar Louk
                       ~ Nur Ameera               } MEROKOK
                       ~ Ku Azli                                          
                       ~ Brian Khoo

Rabu, 21 September 2011

Pertandingan Forum 2011

* Kepada semua pelajar , dimaklumkan esok hari terakhir untuk mengubah topik perbincangan anda . Please co-operate at the same time . Tolong bagi saya nama penuh anda dan ahli kumpulan anda kepada saya . terima kasih

* Kepada cikgu , Saya akan naik muatkan semua "details" esok . Terima Kasih ..

<3 Pavitra ~

Isnin, 19 September 2011

@@KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN@@


          Dalam meniti era modenisasi, negara Malaysia dilihat sudah semakin gah di persada dunia setanding dengan negara Eropah, bak kata pepatah,"duduk sama rendah, berdiri sama tinggi". Teknologi yang moden merupakan faktor perdana yang mempengaruhi ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila produk buatan Malaysia seperti baju batik dan kereta Proton mula mendapat tempat di hati penduduk negara luar. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga digelar Bapa Pemodenan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau sangat menitikberatkan kualiti sesuatu produk yang boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Pada pandangan saya, kualiti produk buatan Malaysia haruslah ditingkatkan dari semasa ke semasa agar produk buatan tempatan dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa.


          Antara keistimewaan membeli barangan tempatan ialah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Hal ini demikian kerana produk buatan tempatan lebih murah berbanding dengan barangan import yang telah dikenakan cukai tambahan sekali gus dapat meringankan beban golongan keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai masalah kewangan . Buktinya, sebanyak 10 hingga 15 peratus cukai tambahan telah dikenakan ke atas barangan import dan menyebabkan harga barangan dua kali ganda lebih mahal daripada harga asal. Pada pendapat saya, kita mestilah menyokong barangan buatan tempatan kerana hal ini dapat menyumbang dalam sektor ekonomi negara.


          Di samping itu, kebaikan lain membeli barangan buatan tempatan adalah dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri setiap warganegara Malaysia. Hal ini demikian kerana produk buatan Malaysia ini merupakan lambang kebanggaan dalam sanubari rakyat negara ini apabila produk kita dipasarkan ke luar negara. Buktinya, apabila kita melancong atau menuntut di luar negara seperti di London dan Indonesia, pengangkutan awam seperti teksi menggunakan kereta import dari Malaysia, iaitu Proton. Secara tidak langsung, perasaan cinta dan sayang akan negara dapat disemai serta segar dalam jiwa anak jati Malaysia. Pada fikiran saya, seluruh rakyat negara ini mestilah menyokong jenama Malaysia kerana produk Malaysia juga mampu berdiri teguh dalam pasaran antarabangsa.


          Dalam bidang ekonomi misalnya, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta sendiri . Kejayaan ini telah meningkatkan imej negara dengan mengeksport kereta ke negara-negara lain. Pelbagai jenis kenderaan dengan pelbagai versi tenaga kenderaan dapat dilihat menyusur di jalan raya di negara kita, seperti Kancil, Proton, Kenari dan sebagainya. Dengan perkembangan ini, tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah sebuah negara pengeluar kenderaan bermotor yang terkenal kelak. Pada pendapat saya, kita perlu mempunyai idea yang kreatif dan inovatif serta berpotensi tinggi bagi menghasilkan ciptaan atau produk Malaysia yang moden.


           Dari perspektif yang lain pula, membeli barangan tempatan juga dapat meningkatkan industri tempatan. Dengan ini, taraf hidup masyarakat tempatan juga dapat ditingkatkan dan hidup dalam keadaan yang lebih selesa. Hal ini dapat membolehkan mereka menghasilkan barangan hasil tempatan yang lebih berkualiti dan barangan ini dapat menarik minat pelancong untuk membeli barangan tersebut. Tambahan pula, barangan berkualiti ini juga dapat memberikan keuntungan yang besar kepada industri tempatan dan seterusnya digunakan bagi memajukan industri tempatan sekali gus meningkatkan ekonomi serta taraf hidup masyarakat di negara ini. Pada hemat saya, industri tempatan merupakan salah satu faktor yang signifikan dalam usaha memajukan ekonomi Malaysia. Oleh itu, pembelian barangan tempatan perlulah dititikberatkan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


          Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan boleh membawa pelbagai faedah yang dapat meningkatkan pembangunan ekonomi Malaysia . Justeru ,saya mencadangkan semua pihak alaf baharu ini perlu bertindak secara kolektif  dengan membeli barangan buatan Malaysia agar dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. Kata orang tua-tua, peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" wajar diimplementasikan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini dengan menggembleng tenaga bagi meningkatkan jualan barangan buatan Malaysia di seantero dunia. Tuntasnya, pada pandangan saya, semua masyarakat Malaysia haruslah menyemai amalan membeli barangan tempatan negara sejak hari ini agar dapat mancapai visi kudsi Wawasan 2020 pada masa yang akan datang.


~~Ahli Kumpulan:
- Ho Hui Xian
- Amy Lau Mee Yen
- Nurul Syafikah
- Ng Kar Louk

Kebaikan membeli barangan Malaysia

Menyelusuri dasarwarsa ini, satu isu sensasi yang sering meniti dari bibir ke bibir ini ialah topik hangat yang berkaitan dengan kempen “Beli Barangan Buatan Malaysia” yang dianjurkan oleh kerajaan sejak belakangan ini. Tujuan kempen ‘Beli Barangan Buatan Tempatan” dilancarkan adalah untuk menggalakkan rakyat Malysia membeli barangan tempatan. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, membeli barangan tempatan bukan sahaja murah, malah berkualiti. Dalam konteks ini, membeli barangan tempatan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada kita.
Sebagai pembuka kata dan mukadimah bicara yang jelas dan nyata, membeli barangan buatan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Hal ini demikian kerana barangan buatan tempatan harganya lebih murah berbanding dengan barangan import. Sebagai contoh, harga motosikal buatan tempatan iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal yang diimport dari luar negara. Oleh itu, melalui pembelian barangan buatan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan untuk kegunaan lain. Pada pendapat saya, kita dapat menabung lebihan perbelanjaan untuk kegunaan masa depan seperti peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Kebaikan membeli barangan buatan tempatan yang seterusnya adalah dapat meningkatkan imej negara. Hal ini demikian kerana melalui pembelian barangan tempatan kita juga dapat mempromosi dan sekaligus meningkatkan jualan barangan tersebut. Sebagai contoh, makanan seperti sate, nasi lemak dan rendang merupakan antara makanan yang terkenal di persada antarabangsa. Pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia juga akan tertarik dengan barangan buatan Malaysia seperti kraf tangan dan makanan. Pada pendapat saya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha meningkatkan imej negara sebagai tanda cinta akan negara.
Di samping itu, kebaikan membeli barangan tempatan adalah dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana barangan yang mempunyai jenama Malaysia mampu menyemai perasaan cinta dan sayang akan tanah air. Sebagai contoh, apabila membeli barangan buatan tempatan, kita akan berasa bangga dan secara tidak langsung dapat menyemai semangat patriotisme ke atas tanah air kita ibarat kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Pada hemat saya, kita haruslah berasa bangga kerana membeli barangan buatan Malaysia yang bukan sahaja dapat memiliki barangan yang berkualiti malah dapat menyemai semangat patriotisme terhadap tanah air kita.
Selain itu, manfaat membeli barangan buatan Malaysia yang seterusnya adalah dapat memajukan industri tempatan. Apabila kita membeli barangan buatan tempatan, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kemajuan industri tempatan seperti kraf tangan. Misalnya barangan buatan Malaysia seperti batik, dan tembikar merupakan antara barangan buatan Malaysia yang terkenal di persada antarabangsa. Pada pendapat saya, membeli barangan buatan Malaysia dapat meningkatkan imej negara kita sekaligus memajukan industri tempatan dan meningkatkan pendapatan negara selaras dengan peribahasa hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik juga di negeri sendiri.
Justifikasinya, jelaslah bahawa membeli barangan buatan Malaysia mendatangkan pelbagai kebaikan kepada kita. Oleh itu, saya menyeru seluruh masyarakat Malaysia supaya menyokong barangan buatan Malaysia kerana barangannya berkualiti. Saya juga berharap agar rakyat Malaysia menjadikan amalan membeli barangan tempatan sebagai satu amalan harian dalam kehidupan kita. Dalam konteks ini, semua rakyat Malaysia haruslah bekerjasama menyokong barangan buatan Malaysia supaya dapat meningkatkan ekonomi, imej dan nama baik negara ibarat kata pepatah ‘muafakat membawa berkat’ agar wawasan 2020 yang diimpikan dapat dicapai.
*Brian *Ku Azli *See *Teo *Ameera

KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

Dalam era globalisasi ini, sektor perindustrian barangan buatan tempatan semakin berkembang di Malaysia, atas cinta kepada Negara, pemimpin-pemimpin kita telah gigih berusaha mengisi kemerdekaan dengan merancang serta melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Sebagai bukti, bapa pemodenan kita Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah berjaya memajukan sektor perindustrian pembuatan kereta dengan mengeluarkan kereta Proton yang pertama pada tahun 1985. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah mempunyai semangat patriotik dengan membeli barangan buatan tempatan Malaysia.
Antara kebaikan membeli barangan buatan tempatan adalah dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Hal ini demikian kerana harga barangan buatan tempatan lebih murah dan berpatutan berbanding dengan barangan yang diimport dari luar negara. Sebagai contoh, kerajaan telah menubuhkan kedai dan klinik Satu Malaysia di setiap negeri dalam Malaysia. Pada fikiran saya, barangan buatan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan dalam kehidupan seharian dan meringankan beban rakyat di Malaysia.
Di samping itu, dengan membeli barangan buatan tempatan juga dapat menyemai semangat partriotisme. Kita haruska berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana barangan buatan tempatan iaitu batik telah dieksport ke luar negara seperti negara London dan Paris. Tambahan pula, hal ini telah membuktikan barangan buaan Malaysia yan berkualiti bertanding dengan negara lain kerana digunakan oleh mereka.Contonnya kakitangan kerajaan haruslah memakai pakaian batik di Malaysia setiap hari Khamis.
Selain itu, industri tempatan dapat dimajukan dengan membeli barangan buatan tempatan. Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi negara industri.
Seterusnya, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat meningkatkan imej negara Malaysia. Sekiranya rakyat Malaysia membeli barangan buatan tempatan, barangan tersebut akan akan menyebabkan negara asing lebih mempercayai kualiti barangan buatan negara tersebut. Selain itu, negara asing akan mengimport barangan Malaysia ke negara mereka. Sebagai contoh, negara asing telah mengimport pakaian batik ke negara mereka. Hal ini telah berjaya meningkatkan imej negara and mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Sudah terang lagi bersuluh, membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kebaikan kepada seluruh strata masyarakat. Oleh hal yang demikian, setiap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Saya berharap semua rakyat Malaysia dapat membeli baranga buatan Malaysia.

Ahli Kumpulan :         Chua Wei Cong
                                    Syahirah Liyana
                                    Ng Sau Yik
                                    Wai Kwai Xian
                                    Joyce Lee

Ahad, 18 September 2011

Karangan Huraian

Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan.

Pada era pascamodenisasi kini, negara Malaysia sudah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi di persada dunia. Barangan Malaysia kini sudah menembusi pasaran antarabangsa. Hal ini demikian kerana kualiti barangan buatan Malaysia sudah menepati standard yang telah ditetapkan berdasarkan kualiti dan identiti barangan Malaysia yang berjaya memikat hati masyarakat luar. Oleh itu, terdapat pelbagai kebaikan membeli barangan buatan tempatan.

Antara kebaikannya adalah dengan menjimatkan perbelanjaan keluarga. Harga barangan buatan Malaysia lebih berpatutan berbanding dengan harga barangan luar yang diimport. Misalnya, jika kita membeli barangan buatan tempatan seperti barangan harian dan kereta buatan Malaysia sudah tentu harganya lebih murah berbanding dengan barangan yang dimport yang dikenakan cukai yang tinggi. Pada hemat saya, barangan buatan tempatan sudah jelas dapat mengurangkan dan menjimatkan perbelajaan sesebuah keluarga ibarat kempen yang sekarang diuar-uarkan ‘Buatan Malaysia, Pilihan Bijak’.

Selain itu, kebaikan membeli barangan buatan tempatan adalah dapat menyemai semangat patriotisme. Hal ini demikian kerana, barangan buatan tempatan yang dibeli dapat mempamerkan semangat patriotisme dan rasa bangga yang mendalam dalam kalangan masyarakat tempatan terhadap barangan buatan tempatan kita sendiri apabila jenama negara kita Malaysia terpampang luas dimata masyarakat asing. Contohnya, apabila rakyat Malaysia yang menggunakan dan membudayakan barangan buatan tempatan, secara tidak langsung mereka telah menunjukkan bahawa mereka menyokong dan menyahut seruan kerajaan. Pada fikiran saya, rakyat Malaysia seharusnya membeli barangan buatan tempatan untuk meningkatkan semangat patriotisme yang mendalam dalam diri masing-masing sebagai tanda cinta terhadap tanah air. Ibarat peribahasa dapat sama laba, cicir sama rugi.

Seterusnya, kebaikan membeli barangan buatan tempatan juga dapat memajukan indusrti tempatan. Hal ini demikian kerana dengan pembelian barangan buatan negara kita sendiri, secara tidak langsung kita juga turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup orang tempatan dan kemajuan negeri kita dari pelbagai bidang seperti social, politik dan khususnya ekonomi negara kita juga dapat ditingkatkan. Misalnya, barangan buatan tempatan kraf tangan seperti batik, tembikar dan labu sayong daripada air tangan masyarakat tempatan kita sendiri sudah ada yang berjaya menembusi pasaran luar negara seperti London. Pada hemat saya, membeli barangan buatan tempatan bukan sahaja memajukan industri negara kita tetapi juga turut menyumbang imej baik di mata pelancong asing untuk melancong ke negara kita. Persis peribahasa, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

Justifikasinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa barangan buatan tempatan adalah jauh lebih baik daripada barangan buatan luar. Oleh itu, saya mencadangkan masyarakat membuka mata supaya membeli barangan buatan Malaysia kerana barangan buatan negara kita sudah terbukti dan diiktiraf kualitinya. Saya juga berharap agar masyarakat Malaysia membudayakan barangan buatan Malaysia. Dalam konteks ini, jika masyarakat Malaysia bekerjasama menyokong barangan buatan tempatan sudah tentu kita dapat turut membangunkan ekonomi negara supaya bertambah maju persis peribahasa 'muafakat membawa berkat'. Oleh itu, Belilah Barangan Buatan Malaysia !

Ahli kumpulan:
-Wei Wee
-Fairuz
-Devan
-Yichi
-Saripa
 

Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan

  Pada era pascamodenisasi kini, negara Malaysia sudah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara  gergasi di persada dunia. Barangan Malaysia kini sudah menembusi pasaran antarabangsa. Hal ini demikian kerana kualiti barangan buatan Malaysia sudah menepati standard yang telah ditetapkan berdasarkan kualiti dan identiti barangan Malaysia yang berjaya memikat hati masyarakat luar. Oleh itu, terdapat pelbagai kebaikan membeli barangan buatan tempatan.

  Antara kebaikannya adalah dengan menjimatkan perbelanjaan keluarga. Harga barangan buatan Malaysia lebih berpatutan berbanding dengan harga barangan luar yang diimport. Misalnya, jika kita membeli barangan buatan tempatan seperti barangan harian dan kereta buatan Malaysia sudah tentu harganya lebih murah berbanding dengan barangan yang dimport yang dikenakan cukai yang tinggi. Pada hemat saya, barangan buatan tempatan sudah jelas dapat mengurangkan dan menjimatkan perbelajaan sesebuah keluarga ibarat kempen yang sekarang diuar-uarkan ‘Buatan Malaysia, Pilihan Bijak’.

  Selain itu, kebaikan membeli barangan buatan tempatan adalah dapat menyemai semangat patriotisme. Hal ini demikian kerana, barangan buatan tempatan yang dibeli dapat mempamerkan semangat patriotisme dan rasa bangga yang mendalam dalam kalangan masyarakat tempatan terhadap barangan buatan tempatan kita sendiri apabila jenama negara kita Malaysia terpampang luas dimata masyarakat asing. Contohnya, apabila rakyat Malaysia yang menggunakan dan membudayakan barangan buatan tempatan, secara tidak langsung mereka telah menunjukkan bahawa mereka menyokong dan menyahut seruan kerajaan. Pada fikiran saya, rakyat Malaysia seharusnya membeli barangan buatan tempatan untuk meningkatkan semangat patriotisme yang mendalam dalam diri masing-masing sebagai tanda cinta terhadap tanah air. Ibarat peribahasa dapat sama laba, cicir sama rugi.

  Seterusnya, kebaikan membeli barangan buatan tempatan juga dapat memajukan indusrti tempatan. Hal ini demikian kerana dengan pembelian barangan buatan negara kita sendiri, secara tidak langsung kita juga turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup orang tempatan dan kemajuan negeri kita dari pelbagai bidang seperti social, politik dan khususnya ekonomi negara kita juga dapat ditingkatkan. Misalnya, barangan buatan tempatan kraf tangan seperti batik, tembikar dan labu sayong daripada air tangan masyarakat tempatan kita sendiri sudah ada yang berjaya menembusi pasaran luar negara seperti London. Pada hemat saya, membeli barangan buatan tempatan bukan sahaja memajukan industri negara kita tetapi juga turut menyumbang imej baik di mata pelancong asing untuk melancong ke negara kita. Persis peribahasa, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

  Justifikasinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa barangan buatan tempatan adalah jauh lebih baik daripada barangan buatan luar. Oleh itu, saya mencadangkan masyarakat membuka mata supaya membeli barangan buatan Malaysia kerana barangan buatan negara kita sudah terbukti dan diiktiraf kualitinya. Saya juga berharap agar masyarakat Malaysia membudayakan barangan buatan Malaysia. Dalam konteks ini, jika masyarakat Malaysia bekerjasama menyokong barangan buatan tempatan sudah tentu kita dapat turut membangunkan ekonomi negara supaya bertambah maju persis peribahasa 'muafakat membawa berkat'. Oleh itu, Belilah Barangan Buatan Malaysia !
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahli kumpulan:

-Wei Wee –Fairuz –Devan –Yichi –Saripa 

Jumaat, 16 September 2011

[[Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan]]

Apakah yang dimaksudkan barangan buatan tempatan? Apakah kepentingan membeli barangan buatan tempatan? Apakah tindakan yang wajar diambil oleh kerajaan bagi mempromosikan barangan buatan tempatan? Barangan buatan tempatan boleh didefinisikan sebagai barangan yang dihasilkan di negara kita sendiri. Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, telah menyaran dan menggalakkan semua rakyat Malaysia supaya membeli serta menyokong barangan buatan tempatan kita supaya mendatangkan pelbagai kebaikan. Pada hemat saya, barangan buatan Malaysia adalah yang terbaik dan berkualiti tinggi.
Antara kebaikan yang akan didatangkan dengan membeli barangan buatan tempatan adalah dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Hal ini demikan kerana harga barangan buatan Malaysia lebih rendah berbanding barangan buatan negara lain. Menurut statistik yang terbaru, bilangan pengguna yang membeli barangan buatan tempatan telah meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia perlulah bekerjasama menyokong barangan buatan tempatan supaya negara Malaysia lebih maju dan melangkah kehadapan menuju Wawasan 2020.
Lantaran idea saya yang seterusnya ialah rakyat Malaysia seharusnya menyokong jenama negara sendiri dengan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini demikian kerana dengan sokongan rakyat sendiri, semua halangan dalam meningkatkan jenama barangan buatan Malaysia dapat diharungi. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, pembelian barangan buatan tempatan boleh menyemai semangat patriotisme dalam diri rakyat. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan supaya kemajuan ekonomi Negara dapat dijaminkan. Hal ini selaras dengan peribahasa Malayu, bagai aur dengan tebing.
Selain itu, tiada sesiapa yang dapat menafikan bahawa membeli barangan buatan tempatan akan meningkatkan imej negara kita. Pelbagai makanan tradisional negara kita seperti sate dan juga rendang yang dikenali sebagai makanan tersedap telah mendapat sambutan yang hangat di persada dunia. Oleh itu, Perdana Menteri negara kita, Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak amat menggalakkan para pedagang tempatan supaya memajukan industri negara kita ke luar negara. Pada pendapat saya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong barangan buatan tempatan bagi meningkatkan lagi imej negara kita.
Di samping itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, industri tempatan dapat dimajukan. Negara kita bukan sahaja terkenal dengan makanan tradisional tetapi juga terkenal dengan kraf-kraf tangan yang unik seperti batik. Hal ini telah menarik banyak pelancong asing datang ke negara kita untuk membeli kraf tangan buatan tempatan dan turut memajukan industri tempatan negara kita. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
 Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, industri tempatan negara kita semakin berkembang maju dari setahun ke setahun. Oleh itu, kita yang bersemangat patriotisme haruslah menyokong barangan buatan tempatan supaya industri tempatan negara kita dapat dimajukan lagi.
Tuntasnya, pembelian barangan buatan tempatan oleh rakyat Malaysia akan membawa  manfaat yang banyak kepada kita mahupun negara. Pihak kerajaan perlu memperbanyak serta meningkatkan kualiti barangan buatan tempatan supaya pembeli-pembeli negara kita mempunyai pilihan yang lebih banyak dan berkualiti. Dengan ini, rakyat Malaysia akan lebih berminat untuk membeli barangan buatan Malaysia dan turut mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, saya ingin menegaskan lagi bahawa membeli barangan buatan tempatan merupakan pilihan yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk menyokong gagasan 1Malaysia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
@ Bryan @ HuiNi @ WoonKee @ ZhiYun @ Naim @ 

16.Sept.2011

SELAMAT HARI MALAYSIA  (:

KARANGAN BERPANDU :KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

 Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering kita dengar sama ada di televisyen atau di radio. Barang buatan Malaysia ialah barang yang dihasilkan di dalam negara. Antara barang buatan Malaysia adalah seperti kereta Proton Saga, barangan tembikar, batik lukis dan perabot rotan. Banyak kilang yang didirikan untuk menghasilkan barangan tempatan. Oleh yang demikian , rakyat perlulah menjadi pengguna yang bijak dengan membeli barangan tempatan. Pada hemat saya , terdapat banyak kebaikan membeli barangan buatan tempatan .
           Sebagai lontaran idea yang pertama , kebaikan membeli barangan buatan Malaysia dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan. Harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import. Sebagai contoh harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import. Oleh itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
          Seterusnya , dengan membeli barangan buatan tempatan , kita dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia .Pihak kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Sokonglah Jenama Malaysia secara berterusan . Dengan cara ini , kita dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan seterusnya memupuk perasaan cinta akan negara , bak kata pepatah , tak kenal maka tak cinta .
          Tambahan pula , kebaikan membeli barangan buatan tempatan dapat memajukan industri tempatan . Pada era globalisasi ini , terdapat banyak industri desa  yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Antara contoh industri desa yang terkenal di Malaysia ialah industri batik , kraf tangan , songket , dan tembikar . Industri ini dapat membantu rakyat hidup dengan lebih selesa. Oleh itu , rakyat dapat membantu perkembangan industri tempatan .
          Dalam pada itu, kebaikan membeli barangan buatan tempatan dapat meningkatkan imej negara . Barangan buatan tempatan merupakan barangan yang bermutu di negara kita . Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import . Sebagai contoh barangan daripada kulit , seperti kasut , beg , dan dompet menjadi buah tangan pelancong yang datang di negara kita . Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan barangan yang berkualiti sekaligus dapat menambah pendapatan negara .
          Justifikasinya , industri barangan tempatan memberi banyak kebaikan kepada pelbagai pihak. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan. Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia merupakan kebanggaan kita bersama.
--------------------------------------------------------------------------------------

DISEDIAKAN OLEH : 
 1) KOO CHIN HOE
 2) LEE ZI JIAN
 3) NUR FASIHAH BT MOHAMAD
 4) DHIVYA

Khamis, 15 September 2011

Cara untuk Naik muat Kerja anda

Pertama : tekan Log masuk dan gunakan ID serta Kata laluan yang telah diberi
 Seterusnya : Tekan Catatan Baru dan naik muatkan kerja anda ke "space" ini .
Setelah Selesai : tekankan Terbitkan Catatan di bawah .

Itu Sahaja
~Regards : Pavitra~

Opening Words ..

Selamat Datang Semua pelajar ke Blog BM 4 Zam ..