SELAMAT DATANG KE BLOG 4 ZAMRUD

Isnin, 19 September 2011

@@KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN@@


          Dalam meniti era modenisasi, negara Malaysia dilihat sudah semakin gah di persada dunia setanding dengan negara Eropah, bak kata pepatah,"duduk sama rendah, berdiri sama tinggi". Teknologi yang moden merupakan faktor perdana yang mempengaruhi ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila produk buatan Malaysia seperti baju batik dan kereta Proton mula mendapat tempat di hati penduduk negara luar. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga digelar Bapa Pemodenan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau sangat menitikberatkan kualiti sesuatu produk yang boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Pada pandangan saya, kualiti produk buatan Malaysia haruslah ditingkatkan dari semasa ke semasa agar produk buatan tempatan dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa.


          Antara keistimewaan membeli barangan tempatan ialah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Hal ini demikian kerana produk buatan tempatan lebih murah berbanding dengan barangan import yang telah dikenakan cukai tambahan sekali gus dapat meringankan beban golongan keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai masalah kewangan . Buktinya, sebanyak 10 hingga 15 peratus cukai tambahan telah dikenakan ke atas barangan import dan menyebabkan harga barangan dua kali ganda lebih mahal daripada harga asal. Pada pendapat saya, kita mestilah menyokong barangan buatan tempatan kerana hal ini dapat menyumbang dalam sektor ekonomi negara.


          Di samping itu, kebaikan lain membeli barangan buatan tempatan adalah dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri setiap warganegara Malaysia. Hal ini demikian kerana produk buatan Malaysia ini merupakan lambang kebanggaan dalam sanubari rakyat negara ini apabila produk kita dipasarkan ke luar negara. Buktinya, apabila kita melancong atau menuntut di luar negara seperti di London dan Indonesia, pengangkutan awam seperti teksi menggunakan kereta import dari Malaysia, iaitu Proton. Secara tidak langsung, perasaan cinta dan sayang akan negara dapat disemai serta segar dalam jiwa anak jati Malaysia. Pada fikiran saya, seluruh rakyat negara ini mestilah menyokong jenama Malaysia kerana produk Malaysia juga mampu berdiri teguh dalam pasaran antarabangsa.


          Dalam bidang ekonomi misalnya, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta sendiri . Kejayaan ini telah meningkatkan imej negara dengan mengeksport kereta ke negara-negara lain. Pelbagai jenis kenderaan dengan pelbagai versi tenaga kenderaan dapat dilihat menyusur di jalan raya di negara kita, seperti Kancil, Proton, Kenari dan sebagainya. Dengan perkembangan ini, tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah sebuah negara pengeluar kenderaan bermotor yang terkenal kelak. Pada pendapat saya, kita perlu mempunyai idea yang kreatif dan inovatif serta berpotensi tinggi bagi menghasilkan ciptaan atau produk Malaysia yang moden.


           Dari perspektif yang lain pula, membeli barangan tempatan juga dapat meningkatkan industri tempatan. Dengan ini, taraf hidup masyarakat tempatan juga dapat ditingkatkan dan hidup dalam keadaan yang lebih selesa. Hal ini dapat membolehkan mereka menghasilkan barangan hasil tempatan yang lebih berkualiti dan barangan ini dapat menarik minat pelancong untuk membeli barangan tersebut. Tambahan pula, barangan berkualiti ini juga dapat memberikan keuntungan yang besar kepada industri tempatan dan seterusnya digunakan bagi memajukan industri tempatan sekali gus meningkatkan ekonomi serta taraf hidup masyarakat di negara ini. Pada hemat saya, industri tempatan merupakan salah satu faktor yang signifikan dalam usaha memajukan ekonomi Malaysia. Oleh itu, pembelian barangan tempatan perlulah dititikberatkan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


          Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan boleh membawa pelbagai faedah yang dapat meningkatkan pembangunan ekonomi Malaysia . Justeru ,saya mencadangkan semua pihak alaf baharu ini perlu bertindak secara kolektif  dengan membeli barangan buatan Malaysia agar dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. Kata orang tua-tua, peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" wajar diimplementasikan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini dengan menggembleng tenaga bagi meningkatkan jualan barangan buatan Malaysia di seantero dunia. Tuntasnya, pada pandangan saya, semua masyarakat Malaysia haruslah menyemai amalan membeli barangan tempatan negara sejak hari ini agar dapat mancapai visi kudsi Wawasan 2020 pada masa yang akan datang.


~~Ahli Kumpulan:
- Ho Hui Xian
- Amy Lau Mee Yen
- Nurul Syafikah
- Ng Kar Louk

12 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsiannya...minta izin salin ye,tapi saya tukar sikit ayat2 dia

    BalasPadam
  3. Thank you for the wonderful essay. Really appreciate.

    BalasPadam
  4. Yg menulis ni budak sekolah SJK(C) ke?????

    BalasPadam
  5. Sebuah karangan yang terbaik sekali

    BalasPadam
  6. Bahasa Melayu 4 Zamrud

    Sabtu, 8 Oktober 2011

    TAJUK FORUM : INTERNET – KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Sayang kumbang mencari m...
    2 ulasan:
    Jumaat, 7 Oktober 2011
    FORUM (WARISAN BANGSA)

    Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu...
    Khamis, 22 September 2011
    Pertandingan Forum 2011 Tingkatan 4 Zamrud

    Kumpulan 1 : ~ Joyce Lee ~ PavethereDevan } MASALAH SOSIAL ~ Wai Kwai Xian...
    Rabu, 21 September 2011
    Pertandingan Forum 2011

    * Kepada semua pelajar , dimaklumkan esok hari terakhir untuk mengubah topik perbincangan anda . Please co-operate at the same time . Tolong...
    Isnin, 19 September 2011
    @@KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN@@

    Dalam meniti era modenisasi, negara Malaysia dilihat sudah semakin gah di persada dunia setanding dengan negara Eropah, bak kata ...
    8 ulasan:
    Kebaikan membeli barangan Malaysia

    Menyelusuri dasarwarsa ini, satu isu sensasi yang sering meniti dari bibir ke bibir ini ialah topik hangat yang berkaitan dengan kempen “Bel...
    KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

    Dalam era globalisasi ini, sektor perindustrian barangan buatan tempatan semakin berkembang di Malaysia, atas cinta kepada Negara, pemimpi...
    Ahad, 18 September 2011
    Karangan Huraian

    Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan. Pada era pascamodenisasi kini, negara Malaysia sudah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi den...
    Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan

    Pada era pascamodenisasi kini, negara Malaysia sudah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi di persada dun...
    3 ulasan:
    Jumaat, 16 September 2011
    [[Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan]]

    Apakah yang dimaksudkan barangan buatan tempatan? Apakah kepentingan membeli barangan buatan tempatan? Apakah tindakan yang wajar diambil ol...
    16.Sept.2011

    SELAMAT HARI MALAYSIA (:
    KARANGAN BERPANDU :KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

    Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering kita dengar sama ada di televisyen atau di radio. Barang buatan Malaysia...
    33 ulasan:

    Laman utama
    Papar versi web
    Dikuasakan oleh Blogger.

    BalasPadam