SELAMAT DATANG KE BLOG 4 ZAMRUD

Sabtu, 8 Oktober 2011

TAJUK FORUM : INTERNET – KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET
                                DALAM KALANGAN PELAJAR

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada warga dewan sekalian, selamat datang dan selamat bertandang ke gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ”INTERNET – Kebaikan dan Keburukan  Internet dalam kalangan pelajar”. Sebelum saya memulakan perbincangan ini, izinkan saya mengupas sedikit tentang tajuk forum ini. Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan ke talian telefon, sistem wifi, dan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berlumba-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah. Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, mahupun perkembangan isu semasa di negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.
       Sebelum saya memulakan perbincangan pada hari ini, saya ingin memperkenalkan ahli-ahli panel kita ini. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita tidak senang duduk melihat ketiga-tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel kita yang pertama, nampak pemalu tetapi bijak berkata-kata, saudara (Bryan Tan). Selamat datang saudara. Seterusnya ahli panel kita yang kedua, ayu lagi bergaya, saudari (See Yi Xuen). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pendiam tetapi petah berkata, saudara (Ng Sau Yik). Selamat datang juga buat saudara. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang di uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini?

Panel Pertama:
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada hadirin yang dihormati sekalian. Terima kasih kepada saudari pengerusi,Menurut Kamus Dewan edisi Keempat  Internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia .Ramai yang menggunakan internet pada masa kini untuk bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan kita dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan .
Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakn internet?
Panel Kedua: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan internet sebagai perhubungan yang sangat mudah untuk digunakan pada masa kini. Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk menghubungkan talian tersebut. Antara contohnya ialah emel , facebook , myspace, skype dan sebagainya . Walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunaan komuniti ini bagus , ada juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri sendiri mahupun pengguna internet ini.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk digunakan pada masa kini. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan internet , apa kata panel kita yang ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu ataupun mencari pekerjaan? Silakan saudara.

Panel Ketiga : Salam sejahtera saya ucapkan kepada warga dewan sekalian. Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang bermanfaat.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja mencari pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan dikeluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan yang terdapat dalam penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan internet. Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet?


Panel Pertama: Disebalik kebaikan yang begitu terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh. Terdapat beberapa keburukan Internet seperti medium penyebaran dakyah jahat. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia ’Trendy Coat’. Medium penyebaran virus terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Terdapat banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian bermaharajalela. Bagi yang tidak mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagai-bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan oleh para pelajar.Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk menggunakannya.

Pengerusi: Terima kasih atas pendapat panel kita yang pertama mengenai keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang kedua . silakan saudari .

Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi majlis, antara contoh lain yang terdapat dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi atau lucah. Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman web yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungan dalam laman web ini. Ini adalah salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet juga ada keburukannya kepada pengguna internet. Tanggungjawab ibubapa haruslah ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang berunsurkan pornografi atau lucah ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka semasa menggunakan internet.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudara.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik anak-anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negetif dengan menggunakan perisian tapisan seperti Cyberpatrol, Cybersitter, Surfwatch dan Net-Nanny pada komputer.

Pengerusi: Terima kasih saudara. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan menggunakan internet . silakan saudara .

Panel Ketiga : Terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya, benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan penggunaan yang baik.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing pada hari ini. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir saya berharap warga dewan berhati-hati semasa menggunakan internet agar keburukan internet ini dapat dielakkan.Kesimpulannya penggunaan internet bukan sahaja disediakan untuk kebaikan , malah keburukan juga terdapat dalam kandungan isi internet . ”pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!

  Dari Kedah ke Pekan Sari,
  Beli suasa di Kota Tinggi,
  Selesai sudah tugas diberi,
  Di lain masa bersua lagi.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan sekian terima kasih.

AHLI KUMPULAN:-Bryan Tan  -Ng Sau Yik  -Syahirah Liyana  -See Yi Xuen

Jumaat, 7 Oktober 2011

FORUM (WARISAN BANGSA)

Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan dan Iban. Namun begitu, akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikit amalan dan cara hidup yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana , masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam masyarakat, sebagai contoh, pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda memakai kain sarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGI pada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah.

Mencari timbasi anak dara ,
Di bawah sarang burung tempua ,
Salam sembah pembuka bicara ,
Selamat datang untuk semua .

Pengerusi:
Assalamualaikum , Selamat sejahtera , dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada para hadirin sekalian . Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakah sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?

Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orang tokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri Koo Chin Hoe. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato’ Lee Zi Jian dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk Dhivya.

Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai sekali jika Datuk Dhivya memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Datuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?

Datuk Dhivya: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan bangsa membawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa, kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golongan lelakinya lebih gemar memakai ’kain semutar’. Dalam kalangan kaum Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik dalam kaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budaya Cina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makanan Cina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan.
Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan dengan seni bina Melayu pada masa itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing.

Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.


Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah takrifan ringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang. Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang kepentingan-kepentingan mengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri.

Datuk Seri Koo Chin Hoe: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi, warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk membentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai dan meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negara maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negara tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun , pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia.

Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua negara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara maju dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak menghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat longgar jati diri dan semangat patriotiknya.

Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan bangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda. Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perlu berterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek moyang yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu pastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.
Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi.

Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang paling menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada golongan muda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa ini seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya. Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato’ Afiq Agos untuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.


Dato’ Lee Zi Jian : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kita tidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif , proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka. Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilai-nilai hidup dalam masyarakat.

Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memang berupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia, dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda sehingga kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan. Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam sebagai pakaian harian, malah tidak juga menjadi pilihan semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satu kerugian kerana pakaian merupakan salah satu identiti bangsa Cina selain bahasa ibunda.

Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangan nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah hampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cina dan India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkan pengetahuan ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini Malaysia di Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenali rupa bentuk rumah-rumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini.

Pengerusi: Terima kasih Dato’. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih agar batik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia dan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana, Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat cinta akan negara sewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat kesan-kesan peninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati.

Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualai’kum. Sehingga jumpa lagi.
Terimalah serangkap pantin indah daripada saya

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

AHLI KUMPULAN : koo chin hoe , lee zi jian , nur fasihah , Dhivya ..